2.
Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang
soleh.
3.
Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan
Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4.
Wanita yang tinggal bersama
anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5.
Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu
diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan
bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak
Nabi Ismail.
6.
Syurga itu di bawah telapak kaki
ibu.
7.
Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan
dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta
sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah
syurga.
8.
Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah
panggilan ibumu terlebih dahulu.
9.
Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu
daripada anak-anak perempuannya lalu dia
berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya
daripada api neraka.
10.
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu
syurga. Masuklah dari mana-mana pun
pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11.
Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama
mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12.
Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang
lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula
berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
13.
Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga
mana sahaja yang dikehendaki.
14.
Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT
memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000
tahun).
15.
Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16.
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17.
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18.
Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak
tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala
seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah
SWT.
PERINGATAN DAN AMARAN UNTUK WANITA
1. Pertama urusan yang ditanyakan pada hari
akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia
menjalankan kewajibannya atau tidak).
2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya
tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada
suaminya (meminta ampun).
3. Mana-mana perempuan yang memakai
bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium
bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang
itu adalah zina.
4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di
rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah
akan dipesonakan oleh iblis. Sabna Nabi s.a.w. : Perempuan itu aurat, maka
apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.
5. Haram bagi wanita melihat lelaki
sebagaimana lelaki haram melihat wanitayang halal nikah kecuali dalam urusan
menuntut ilmu dan berjual beli).
6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari
ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan
Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum)
Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu
Salamah, "Bukankah orang itutidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah
?" Rasulullah s.a.w. menjawab,"Bukankah kamu dapat
melihatnya."
7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam
keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita
pada hari Qiamat tiada Nur baginya.
8. Mana-mana wanita yang bermasam muka
menyebabkan tersinggung suaminya,maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia
bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.
9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan
puasa sunat kalau suaminya ada dirumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh
memasukkan seseorang lelaki ke rumahnya dengan tidak seizin suaminya.
10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha)
dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, samada miskin atau kaya.
11. Perempuan tidak berhak keluar dari
rumahnya melainkan jika terpaksa (kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia
juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan ditepi-tepinya.
12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya
ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah
wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.
13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya
untuk menyakiti hati suaminya,ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah,
laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.
14. Tidak harus seseorang manusia sujud
kepada manusia dan jika diharuskan,maka akan aku perintahkan semua kaum wanita
sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami
mereka.
15. Wanita yang menyakiti hati suaminya
dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70
hasta kemudian diikat kebelakang tengkoknya.
16. "Aku lihat api neraka, tidak
pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di
dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka ialah wanita."
Rasulullah s.a.w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab
Rasulullah s.a.w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya.
Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa
berpuas hati dan cukup."
17. "Kebanyakkan ahli neraka adalah
terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah
seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka
berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Jawab Nabi s.a.w. "Tidak,
mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya
tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."
18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang
lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.
19. "Kebanyakkan wanita itu adalah isi
neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai
Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w. :
i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak
sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan
melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan
kerja-kerja rumah.
ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas
kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang
perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
iii Sering mengkufurkan (engkar) terhadap
nikmat Allah. (Contohnya :Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang
berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun.)
iv Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang
berdosa. (Contohnya :bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu
dan mengumpat.)
v Kurang akal dan kurang ilmu
pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan
pujuk rayu lelaki, rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan
lahiriah.
20. Dari Ali bin Abi Talib r.a. : Aku
dengar Rasulullah s.a.w. bersabda,
" Tiga golongan dari umatku akan
mengisi nereka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-
a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi
telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil
* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah
wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang
ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulamak
yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
21. Asma' binti Kharizah Fazari r.ha.
diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu,
"Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau
dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum
engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat
perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah
engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani
dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu.
Kalau ia mendekatimu,dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia
dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya,
pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan
yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada
dirimu.
22. Pesanan Luqman kepada anaknya,
"Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang
lalu iaitu :-
a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah
s.w.t. maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang
lain, maka jagailah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah
majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan
maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah s.w.t.
f. Lupakan budi baik mu pada orang
lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain
terhadapmu.
h. Ingat kepada mati
23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita
itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah :-
a. Menghalang suami dari bersuka-suka
dengan dirinya samada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian
tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami samada
ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang
bukan ilmu Fardhu Ain. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika
suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami
masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f.
Bermasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika
bercakap.
i. Menyakiti hati suami samada dengan
perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa
izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam
rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.
24. Wajib bagi wanita :-
a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika
berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami
berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk
tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk
suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut
untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan
hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada
suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil
sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi
seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.
Ada 6 pesanan untuk kaum wanita dapat
diamalkan di dalam kehidupan seharian untuk hidupkan suasana Iman dan Amal di
dalam rumahtangga. Apabila ada suasana agama dalam kehidupan maka hidayat dan
nusrah (pertolongan) dari Allah akan datang. Rumahtangga dirahmati Allah,
keberkatan dalam kehidupan kita dan ketenangan dalam jiwa kita. 6 pesanan itu
adalah amalan nurani.
Amalan itu ialah :-
1. Solat di awal waktu dan galakkan kaum
lelaki yang mahram bersolat ditempat di mana azan dilaungkan iaitu di masjid
atau di surau.
2. Istiqamah membaca Al-Quran dan berzikir.
- Hak Al-Quran hendaklahkhatam2X setahun. Jadi lapangkan tiap-tiap hari untuk
membacanya. Disamping ituhendaklah kita mengingati Allah dalam apa keadaan kita
sekalipun dan dimana kita berada. Dengan melihat setiap ciptaan Allah kita
dapatmengingati Allah s.w.t. Maka dianjurkan supaya dapat kita melapangkan
waktu pagi (lepas subuh) dan petang hari (lepas Asar) untuk mewiridkan
kalimah-kalimah tasbih, tahmid, tahlil dan takbir ie "Subhanallah
Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu Akbar" jika mampu boleh di
sambung "Wa la hawlawalaquwataillabillahi'aliyil'azim" 100X. Selawat
ke atas Nabi 100X dan beristighfar 100X. Selain daripada itu amalkanlah doa-doa
masnun - doa yang diucapkan ketika melakukan sesuatu perbuatan ie masa hendak
makan, tidur,masuk dan keluar tandas dsb.
3. Istiqamah menghidupkan Takleem dan
Taklum (belajar dan mengajar ilmu agama). - Lapangkanlah masa yang sesuai walau
seketika supaya semua ahli keluarga dapat menghidupkan majlis ilmu ini.
Duduklah seperti duduknya kita di dalam solat ie menutup aurat, berkeadaan suci
dan berbau wangi. Majlis mempelajari agama ini terbahagi kepada dua iaitu :
Pertama - Majlis berkenaan hadis-hadis mengenai kelebihan beramal. Ini adalah
untuk menimbulkan keghairahan dalam ahli keluarga untuk beramal. Kedua - Majlis
berkenaan masalah-masalah agama (hukum-ahkam dalam ibadat). Wajib suami untuk
mengajar anak dan isteri mengenainya. Jika tidak tahu wajib atasnyauntuk
belajar.
4. Mendidik anak secara agama dan
sunnah.
5. Hidup sederhana.
6. Menggalakkan suami / mahram yang lelaki
untuk usaha atas agama dakwah illallah (mengembangkan agama). - Secara Baironi
: di luar kampung halaman kita dan Maqami : Di dalam qariah kampung halaman
kita.
Akhir sekali semoga kita sama-sama dapat
mengamalkan 6 pesanan ini dalam rumahtangga kita secara istiqamah dan ikhlas
setiap hari. Juga untuk jadi isteri yang beriman dan solehah hendaklah kita
taat pada suami. Jika suami redha ke atas kita maka Allah s.w.t. akan redha ke
atas kita. Berzikir , berdoa, beristighfar, membaca Al-Quran dan berselawat
adalah amalan-amalan utama yang harus dikekalkan oleh setiap umat islam untuk
kesempurnaan Iman dan Islamnya. Semuanya itu menjadi penawar bagi hati dan jiwa
yang rusuh dan resah gelisah.
No comments:
Post a Comment