Keluarga Ku,Buah Hatiku.Pengarang Jantungku,selamanya denganku..
Salam Semua..Hari ini Mas baca surat khabar.Banyak kemalangan ngeri yang membabitkan motor dan kereta,kebakaran rumah,banjir dan sebagainya.Mas akan menitiskan air mata apabila membaca kish-kisah mereka.Amat menyedihkan hati.Tentunya trauma bakal menyusul dan jika kurangnya bimbingan dan sokongan dari yang terdekat,semestinya kegilaan akan kesedihan yang terlampau akan terjadi.Maka,kita hendaklah menolong mereka.Jika kita tidak mampu,maka kita hendaklah berdoa untuk kesejahteraan mereka..Moga Allah melindungi mereka..Amin.
Apabila terbaca kisah-kisah yang sedih,Mas akan teringatkan keluarga di kampung..Sudah makan ke mereka,sihatkah mereka dan bagaimana jika sesuatu terjadi kepada mereka..Bukannya kita sempat bertemu mereka andai mereka dijemputIllahi disaat kita bertgas di luar kawasan..Oleh itu,wajarlah kita pulang ke kampung untuk bertemu ayah dan ummi dan meminta maaf seikhlas yang mugkin dan minta mereka menghalalkan segala makan pakai kita selama kita ditanggung oleh mereka.Saat kita pandai berdikari,perasaan ibu bapa akan bercampur baur samaada mahu sedih atau gembira..sedih kerana terpaksa berpisah jauh dan gembira kerana anak-anak sudah besar dan tidak perlu memelihara mereka lagi kerana mereka sudah pandai mencari duit dan menjaga diri sendiri..
Janganlah kita silap wahai kawan-kawan..Mendapat green light dari ibu bapa bukan bermakna kita terus hanyut dengan dunia.Di sini lah fungsi ibu bapa yang paling penting.Iaitu mendidik kita menjadi orang yang berguna,tahu mana yang baik dan buruk.maka dengan itu,kawan-kawan..walaupun kita bebas berkawan,jagalah diri kita untuk ibu bapa kita,mereka mahu melihat kita berjaya dari semua segi sebelum mereka menutup mata.Relatenya dengan pernyataan di atas ialah jika kita berperangai buruk,ibu bapa sudah tiada akibat daripada kesalahan kita sendiri,tidak kah dari situ akan timbulnya kekesalan sepanjang hidup.Renungkanlah
Jadi kawan-kawan..sayangilah ibu bapa kita..mereka hanya seorang,yang mendidik,memelihara kita,menyayangi kita,mendoakan kita dan selalu teringatkan kita..Oleh itu kawan-kawan,jika kita ter"buat",ter"lepas"..semua ter2 tu..baiklah minta maaf dengan mereka.Ajal maut kita tak tahu bila dan ketikanya.Dann selagi nyawa di badan sayangilah keluarga anda..Doakanlah mereka supaya sejahtera di dunia dan akhirat..Wassalam..(^_^)