Wednesday, September 29, 2010

Elakkan Benda Melemahkan Fikiran


1. Tidak mengambil sarapan pagi
-Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi,
paras gula dalam
darah akan menjadi rendah. Ini akan
mengakibatkan kekurangan bekalan
nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan
mengurangkan kuasa
mental otak.

3. Perokok
-Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak
terjejas atau terbakar
dan boleh mengakibatkan penyakit ` Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
-Pengambilan gula secara berlebihan akan
mengganggu penyerapan
protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan
mengganggu
perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
-Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam
badan
manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan
pengurangan bekalan
oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
-Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi
masa tidur yang
panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita
mati.

7. Menutup muka ketika tidur
-Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan
otak menerima lebih
banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan
ini akan membawa
kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di
dalam keadaan
kurang sihat
-Bekerja semasa anda kurang sihat boleh
mengurangkan keberkesanan
otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel
otak.

9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih
otak kita.
Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap
kecerdasan/keaktifan
otak menurun.

10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita
kurang aktif. Oleh itu,
perbincangan yang membina boleh menambah
keberkesanan kecerdasan
otak kita.



"Telah (jadilah) kamu sebaik-baik ummah yang
dikeluarkan untuk manusia.. Kamu sentiasa
menyuruh kepada perkara ma'ruf, sentiasa
mencegah perkara munkar, dan kamu sentiasa
beriman kepada Allah. Dan kalaulah ahli kitab itu
semuanya beriman, nescaya itu adalah lebih baik
bagi mereka. Cuma sebahagian daripada mereka
yang beriman sebaliknya kebanyakan mereka
adalah orang-orang yang fasiq."

Tuesday, September 28, 2010

Sambungan Raya Part II

ni mas yg tangkap tau!!

Ni lah gambar kat umah afiq..

Mase kat umah Arif,kite orang asyikk usik arif ngn Azura...Aizat lah yang ngada-ngada..Lepas kateorg solat dan nk bertolak ke umah Sir Rizal,hujan turun dengan lebatnyer..Tapi kteorg teruskan jugak perjalanan kteorg ke umah Sir Rizal..

dalam perjalanan untuk pergi umah Sir Rizal yang dekat Seri Kembangan tu,aozat wat hal lagi..die yg tunjuk direction tapi die salah lagi..huhuh..kteorg pusing taman mane tah..Lepas pusing taman tu,barulah betul cari taman...Tak lame lepas tu kteorg pun sampai umah Sir Rizal dalam kul 7.Makan mihun sup kat umah Sir Rizal,solat Maghrib kat sana dalam main2 dgn anak Sir Rizal yang bernama Zuhyin..sangat takut kat kt kteorg sampai asyik main ngn sepupu die jer kat dalam umah tu...Rupenyer bapak die mengajar anak die naik kuda atas belakang..hahaha...die suh kteorg jadi kuda..hahaha..tak taulah..tak lame kemudian,Amad pun smpai..Fuyoi..same cam Mat S..cam pengantin.SEmuer pakai baju yg spesis jer...hijau pucuk pisang...

Lepas tu kteorg bertolak ke umah Anje= to Afiq.Team Mas,Nabil,Ana ngn Milin sesat tah mner..silap masuk satu lorong jer..pastu..sesat kat prisent...terus tak jumpa jalan.Kene jugak diorang g ambik.Jauh lagi rupenyer umah si Afiq ni...Taman Pinggiran desa...Boring sbb sesat,ktorg siap gi tempat futsal kt prisent tu tunggu diorg..Smpai jer Afiq ckp tu tmpt larangan..Milin yang dah fedup dah siap landing dgn Nabil..Pastu sampai umah Afiq,makan bihun sup n tangkap gambar dan berpecah balik..Mas ikut kete Faiz yg terdiri daripada Acap,Pa'a,Zura..Sampai umah kul 12..Mandi,solat,tido..

Sekian..next time mas upload semuer gambar..OK!-



matching tak yani ngn amad

hehe..senyum sedekah..

cermin tu lawa sangat lah..hehe

Monday, September 27, 2010

Bestnyer Rayer!!

Tanggal 26 September 2010,lebih kurang jam 11.30 pagi kami bertolak dari Masjid Sg Besi menuju ke Senawang untuk beraya di rumah Faiz.Lebih kuran dalam pukul 12.30 tengah hari,kami pun sampai ke rumah faiz.Dalam perjalanan untuk tiba di rumah Faiz,kereta yang dinaiki oleh Mas,Huda,Juwe dan Rahim telah rosak.Kereta itu kepunyaan Rahim sebenarnya.terpaksalah dibawa ke bengkel.Kesian Rahim..melayang RM300.Mahal gak spepart kereta ye..Sebelum sampai ke rumah Faiz,kami berhenti di Tol Senawang untuk menunggu milin dan zizol yang tak sampai-sampai...siap boleh beli air yogurt kat atas lori die lagi..murah jer...RM11.00 untuk 3 botol.Mas beli ysng oren,Afiq nak yang kiwi,Juwe pilih manggo..lepas tu,kami berpecah.ader yang gi ikut RAhim gi bengkel dan ader yang gi umah Faiz..

Al-Kisah kat umah Faiz,ader adik die sorang jer.Name die Farah.Die ambil nursing kat HUKM.exam kot hari ni..Die cakap semalam lah...Peranagi die memang otai cam abang die..Syok sebab mak n yah die tak dei.pi kenduri makcik die..Duk kat mah Faiz ni boleh makan lemang,kuah kacng ader ayam kater adiknyer,tu resepi keluarga diorang.So,keteorang datang ni makanlah banyak..Lepas makan anak2 dara yang kat dapur tu basuh pinggan.Yani yang basuh.Dibantu oleh Pa'a.Mas gi solat.dak2 laki tengah borak.Dak-dak ladies tgh solat.Pastu tak lame kemudian,ayah Faiz balik.Duduk jap,pastu kteorang pun gerak..Tengok2,,kete afiq lak tak der angin.Gi lah Esso nak pom angin.Punyer ikut perturan..Die ikut satu2 instruction yang ade..Semuer dak ni gelak kt die.Memang Mr Skema..haaha..Lepas tu kietorang menuju kat umah Arif Gulbuddin..Jauh umah die...kate dekat..kat Nilai nuh..HUhuhu...boring giler..Sampai jer umah arif,mak die dah siap tempah nasi ayam tomato lagi untukk kiteorng..terharu beb..hehehe..Semuer orang makan bnyak.AL-maklumlah tengahhari...Lepas tu kteorng pegi solat zohor kat masjid.Sebab dekat ngn masjid..

Lepas solat,hujan turun dengan lebat..Kteorng lari2 masuk kete..KEsian Farahi..Die naik moto..basah kuyup...NAsib baik,Arif ader abuj n seluar hujan..Baru die boleh jalan.Kesian gak tgk die.Tapi die wat relek jer...

Sambung esok..

Thursday, September 23, 2010

Lembaran Hari Ini..

Assalamualaikum w.t.h..
Hari ini sempat jugak membuka blog tulisan ini walaupun tidak ada yang memperdulikan.Tidak mengapa...hanya luahan hati
Pagi tadi sekitar pukul 0940H-1145H,Saya telah ke Hospital Tuanku Mizan untuk meneruskan sesi fisioterapi yang telah terbengkalai selama dekat setahun.Sebabnya,saya tidak dapat keluar apabila duduk di dalam.Banyak benda yang nak di buat untuk keluar dan masa keluar pun terhad.Jadi,saya mengambil inisiatif untuk menyihatkan diri dengan meneruskan sesi fisio saya.
Tadi sesi saya diketuai oleh seorang trainee sebaya saya.Merupakan pelajar jurusan fisioterapi dan nama iriffany...Entah lah.Saya pun tak berapa pasti namanya begitu.Tetapi tuannya mirip-mirip anak cina dan memiliki mata chinese dan putih..

Seperti saya,dia juga tengah melakukan pratikalnya di sana..

Mula-mula sesi itu dilakukan dengan meletakkan hot pad dibahagian belakang badan saya selama 15 minit.Seterusnya,saya terpaksa menunggu selama 20 minit menanti mesin yang akan digunakan ke atas badan saya dengan cara melekatkan satu keping pelekat yang akan disambungkan ke mesin itu yang boleh mengalirkan arus elektrik.Terapi itu juga berjalan selama 15 minit dan selepas itu beliau ada juga mengajar cara-cara untuk melakukan teknik senaman yang betul bagi pesakit pinggang.
Selepas itu,saya pulang semula ke pejabat saya untuk meneruskan tugas saya..Sekian...

Tuesday, September 21, 2010

Kembali

Kembali semula ke tempat kerja dengan hati yang masih berada di rumah.Kenapa begitu,walau rasa bosan berada di rumah,tetapi kita bersama dengan kaum keluarga.Bukan orang asing sebagai mana di sini.Di sini kita tidak kenal sesiapa selain diri kita sendiri.Meskipun kita kenal diri sendiri,tetapi kita juga selalu menipu diri sendiri.Di sini saya ingin menyatakan mengapa saya keluarkan statement tersebut.Ini kerana,saya tidak mahu ada sebahagian dari kita menipu diri sendiri.Tidak kah kita berasa menyesal??kebiasaannya seseorang yang menipu diri sendiri disebabkan tidak boleh menerima sesuatu keputusan yang telah dibuat atau diberikan.terpaksa telan bulat-bulat.Tidak dapat memberikan buah fikiran.

Bercakap berkenaan orang asing,termasuk diri sendiri,sedarkah kita bahawa kita bukannya betul-betul mengenali diri kita.Betul kah diri kita mahu kita jadi begini?Ada yang menjawab ya dan ada yang menjawab tidak.Jawapannya abstrak sekali.Sekalipun kita lahir dari perut ibu kita,adakah kita telah mengenali ibu kita dengan sekenal-kenalnya?Kadang-kadang kesibukan membantutkan kita.Walaupun kita telah menghabiskan masa kita bersama keluarga kita,adakah kita berasa mereka bahagia?tentu sekali ibu bapa berasa gembira apabila anak-anak berkumpul apabila tibanya hari raya.Tetapi malangnya,apabila satu kesilapan,menyebabkan hari ibu bapa terguris.Ini menyebabkan yang lain juga turut sedih.Kita punya akal pemikiran yang sudah diberikan kepada kita.Mengapa kita tidak gunakannya?Bukannya mereka mahu kita menjadi perdana menteri tetapi jadi anak yang berperangai baik.Apabila terjadinya kejadian seperti ini,seperti batu yang terhempap terus atas kepala ibu bapa.Seorang pujuk yang sana,yang tidak dipujuk disisihkan.diperdulikan seketika sahaja.Bukankah ini menjadikan ibu bapa akan tersepit di tengah-tengah.Yang di sini berkata,ibu bapa tidak adil,di sana cakap tidak pperlu risau.Bagaimana perkara ini dapat diselesaikan?Dengan cara kakak yang sulung menjatuhkan ego dengan meminta maaf kepada yang kecil.Terasa diri terlalu rendah dan jika perbuatan itu boleh mengembirakan hati orang lain,bagus kalau begitu.Cuba lihat situasi di atas,bukan kah si kakak yang sulung menjadi hipokrit dengan menyedapkan hati orang lain,tetapi hati sendiri luka.Beginilah kehidupan yang tidak lari daripada masalah yang sebegini.Namun itulah asam garam hidup.Mahu ataupun tidak,kita mesti menempuhnya.

Yang jauh dari mata,tetapi dekat di hati.Meskipun begitu,kasihnya mekar di hati.Anak-anak gadis,jadilah seperti ini,jangan terlalu mengejar cinta,tapi kejarlah cita-cita
seorang gadis itu ...


yang lembut fitrah tercipta,
halus kulit, manis tuturnya,
lentur hati ...
telus wajahnya,
setelus rasa membisik di jiwa,
di matanya cahaya,
dalamnya ada air,
sehangat cinta,
sejernih suka,
sedalam duka,
ceritera hidupnya ...


seorang gadis itu ...


hatinya penuh manja,
penuh cinta, sayang semuanya,
cinta untuk diberi ...
cinta untuk dirasa ...


namun manjanya
bukan untuk semua,
bukan lemah,
atau kelemahan dunia ...
ia bisa kuat,
bisa jadi tabah,
bisa ampuh menyokong,
pahlawan-pahlawan dunia ...


begitu unik tercipta,
lembutnya bukan lemah,
tabahnya tak perlu pada
jasad yang gagah ...


seorang gadis itu ...


teman yang setia,
buat Adam dialah Hawa,
tetap di sini ...
dari indahnya jannah,
hatta ke medan dunia,
hingga kembali mengecap ni'matNya ...


seorang gadis itu ...


bisa seteguh Khadijah,
yang suci hatinya,
tabah & tenang sikapnya,
teman ar-Rasul,
pengubat duka & laranya ...


bijaksana ia,
menyimpan ílmu,
si teman bicara,
dialah Áishah,
penyeri taman Rasulullah,
dialah Hafsah,
penyimpan mashaf pertama kalamullah ...


seorang gadis itu ...


bisa setabah Maryam,
meski dicaci meski dikeji,
itu hanya cerca manusia,
namun sucinya ALlah memuji ...


seperti Fatimah kudusnya,
meniti hidup seadanya,
puteri Rasulullah ...
kesayangan ayahanda,
suaminya si panglima agama,
di belakangnya dialah pelita,
cahya penerang segenap rumahnya,
ummi tersayang cucunda Baginda ...


bisa dia segagah Nailah,
dengan dua tangan
tegar melindung khalifah,
meski akhirnya bermandi darah,
meski akhirnya khalifah rebah,
syaheed menyahut panggilan Allah .


seorang gadis itu ...


perlu ada yang membela,
agar ia terdidik jiwa,
agar ia terpelihara ...



dengan kenal Rabbnya,
dengan cinta Rasulnya ...


dengan yakin Deennya,
dengan teguh áqidahnya,
dengan utuh cinta yang terutama,
Allah jua RasulNya,
dalam ketaatan penuh setia .
pemelihara maruah dirinya,
agama, keluarga & ummahnya ...


seorang gadis itu ...


melenturnya perlu kasih sayang,
membentuknya perlu kebijaksanaan,
kesabaran dan kemaafan,
keyakinan & penghargaan,
tanpa jemu & tanpa bosan,
memimpin tangan, menunjuk jalan ...


seorang gadis itu ...


yang hidup di alaf ini,
gadis akhir zaman,
era hidup perlu berdikari ...


dirinya terancam dek fitnah,
sucinya perlu tabah,
cintanya tak boleh berubah,
tak bisa terpadam dek helah,
dek keliru fikir jiwanya,
kerna dihambur ucapkata nista,
hanya kerana dunia memperdaya ...


kerna seorang gadis itu,
yang hidup di zaman ini ...


perlu teguh kakinya,
mantap iman mengunci jiwanya,
dari lemah & kalah,
dalam pertarungan yang lama ...
dari rebah & salah,
dalam perjalanan mengenali Tuhannya,
dalam perjuangan menggapai cinta,
ni'mat hakiki seorang hamba,
dari Tuhan yang menciptakan,
dari Tuhan yang mengurniakan,
seorang gadis itu ...
anugerah istimewa kepada dunia!


seorang gadis itu ...
tinggallah di dunia,
sebagai ábidah,
daíyah & mujahidah,
pejuang ummah ...
anak ummi & ayah,
muslimah yang solehah ...


kelak jadi ibu,
membentuk anak-anak ummah,
rumahnya taman ilmu,
taman budi & ma'rifatullah ...


seorang gadis itu ...
moga akan pulang,
dalam cinta & dalam sayang,
redha dalam keredhaan,
Tuhan yang menentukan ...
seorang gadis itu dalam kebahagiaan!


Moga ar-Rahman melindungi,
merahmati dan merestui,
perjalanan seorang gadis itu ...
menuju cintaNYA yang ABADI!


Sekian sahaja luahan hati.Jika mahu lagi,tunggu sahaja nanti.Saya akan kembali
Related Posts with Thumbnails