Pada hari ini, ana telah selesai menghadapi peperiksaan bagi subjek Computer Graphic and Multimedia.Alhamdulillah..ana dapat jawab dengan baik walaupun semua yang ana hafal tak dapat nak ingat..tapi guna ayat sendiri lagi bagus kan!!selepas itu,ana balik rumah kemas bilik..dah bersepah sangat..busy..seminggu tak cuci rumah..berhabuk..
Sambil kemas-kemas rumah,ana berfikir..dah lah ana kat universiti ni..apa motif ana sebenarnya??kenapa ana masuk universiti ni??alhamdulillah..ana sudah berjaya menempuh hidup yang penuh berduri di universiti ini.Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang selama kini berjuang bersama-sama ana dalam mengharungi hidup ini.Tanpa mereka,siapalah kita.Jadi hormatlah kawan-kawan kita.Jangan sakiti hatinya.Jika ada,maafkanlah dia.Melalui sahabat-sahabat lah ana boleh merasai hidup gembira,sedih,sunyi,sepi,senyum,berdikari,mengharap,diri sendiri..Percayalah..sahabat sejati tidak boleh dicari ganti..walaupun dia bukan sahabat sejati,tetapi dia masih lagi sahabat kita..perhubungan sebegini akan kekal selamanya jika seorang sahabat menghargai sahabatnya yang lain.Bukan ana tidak menghargai mereka,tetapi biarlah ana rasa bahawa ana dihargai.Ana sangat sayang akan sahabat-sahabat.Ayah dan ummi jauh dari mata.Sakit pening sahabat yang perasan dan tolong.Itulah sahabat.Moga ana dapat mencari sahabat ana yang sejati.Sama-samalah kiat berdoa kepada Allah agar kita mendapat seorang sahabat yang sejati....
Bila ana pikir lagi..dah dekat 3 tahun ana di universiti ini.Macam-macam yang ana tahu pasal tentera.Wanita dalam tentera sangat susah.Orang tengok sihat..Alhamdulilah..di sini kami hidup penuh dengan peraturan dan disiplin.Ana rasa kehidupan sebegini membuang masa muda.Terkurung..Tapi apabila difikirkan balik,ana rasa ana yang beruntung.Walaupun kami wanita yang terkurung tapi hati kami tetap berbunga bila bersama-sama.berlari-lari pada waktu petang,baris makan,makan sama-sama,baca doa sama-sama.cuma di sini lelaki lebih ramai dari perempuan.Berbeza jauh dengan universiti luar...
Buat sahabat...
Dirimu umpama sebatang tiang..
Yang bisa daku bergantung padanya..
Yang bisa ku luahkan segala padanya..
Yang bisa menjadi petunjukku kala aku sesat dalam arusku sendiri..
sahabat..
Diri ini ingin dihargai..
Ingin sekali di berada bersamamu..
Mengorak langkah menuju jaya..
Bersama-samalah kita mengharungi badai..
Bersama rahmat dariMu,Ya Allah..
Ya Allah..Lindungi lah sahabatku..
Moga aku dengannya sentiasa begini selamanya..
Amin...
Daku merindui senyummu,gelak tawamu,sedihmu,..semuanya sahabatku..hargailah.....
Dirimu umpama sebatang tiang..
Yang bisa daku bergantung padanya..
Yang bisa ku luahkan segala padanya..
Yang bisa menjadi petunjukku kala aku sesat dalam arusku sendiri..
sahabat..
Diri ini ingin dihargai..
Ingin sekali di berada bersamamu..
Mengorak langkah menuju jaya..
Bersama-samalah kita mengharungi badai..
Bersama rahmat dariMu,Ya Allah..
Ya Allah..Lindungi lah sahabatku..
Moga aku dengannya sentiasa begini selamanya..
Amin...
Daku merindui senyummu,gelak tawamu,sedihmu,..semuanya sahabatku..hargailah.....