Thursday, May 6, 2010

Akhirnya....

Alhamdulillah..akhirnya ana dan kawan-kawan ana berjaya menamatkan kami punya final...semalam...lega rasanya..nasib baik tak ada apa yang berlaku...sekarang ni ana tengah pening macam mana nak cari rumah untuk Latihan Industri bermula 5/7/2010 - 17/12/2010.......ada cadangan???sebelum ana pergi LI,ana kena pergi latihan tentera laut di KDSI dahulu...28 h ari...bermula 30/5/2010 - 26/6/2010.....balik dari pergi KDSI, ana kena mengambil peperiksaan CEH(certificates Ethical Hacker)..susah...tapi mahal....ish2....tapi tak pe..untuk pelajaran....

Monday, May 3, 2010

Teguran...

Adakah teguran itu baik??pada pendapat ana,teguran tu penting sebenarnya..sambil kta membetulkan diri kita,kita boleh betulkan orang lain..Tapi sayang,bagi sesetengah,menyatakan bahawa teguran itu merupakan satu masalah.
'Suka hati lah nak pakai per??ko tanggung dosa aku ke??tak kan??'

Itulah yang sering kita dengar..sebabnya mereka lagi tua pada kita dan kita kena tunduk atas apa yang mereka nyatakan.Alangkah pedihnya rasa apabila kerja yang dibuat dengan seikhlas hati dikatakan zero??padahal sudah dinyatakan bahawa terpaksa membuat sesuatu yang lain...

Entah lah..ana pun tak tahu lah nak berikan pendapat macam mana tentang situasi begini.Disebabkan tersalah tegur,kena macam-macam..tak tegur sakit pula..hurm..baik ana diam lepas tegur...lepas tegur sakit diri sendiri .Buat apa macam itu.Kalaulah ana mampu...Berserah padaNya..biar Dia yang menentukan segalanya..

Janganlah kita berdendam dengan orang yang menegur kita.Cuba kita fikir balik.Ada tak hikmah disebalik teguran itu???pasti ada bukan???yakin lah..satu teguran baik untuk semua.Ana dah rasa.Cuba anda sendiri..

Sejak akhir-akhir ini ana berasa tidak sedap hati.lalu ana menelefon ke rumah.Masyaallah..banyak benda yang terjadi....Ya Allah..tabahkan hati ana..Tak sanggup melihat dan merasa keluarga ana dalam kesedihan.Tidak tenang hati ini untuk mencari ilmu-Mu Ya Allah....bantulah hambaMu yang kerdil ini...bantulah..ku mohon kepadaMu...

Mengapakah ramai sangat orang di dunia ini suka kepada benda-benda yang syirik??sanggup mempermainkan agama.Tidak ingat kepada balasan Allah ???semata-mata untuk pangkat dan harta yang tidak boleh dibawa mati..Sedihnya bila ada manusia sebegini..Menyusahkan hidup orang lain yang tidak
pernah puas dengan apa yang telah diperolehi.Ada sesiapa yang mempunyai sebarang cadangan untuk mengelak daripada diganggu makhluk halus yang jahat dan merosakkan,silah makluman kepada ana.Ana sangat memerlukan untuk memerangi makhluk halus tersebut..
Moga-moga ana berjaya....

Amin....


Ya Allah...

Dengan bantuan dariMu jua...
Related Posts with Thumbnails