Friday, November 18, 2011

Pejuang Diri demi Memperjuangkan Negara

Hampir seminggu kami berada di dalam hutan ini.Rimba yang penuh dengan deruan angin yang melambai menggamit kenangan sewaktu berada di kampung.Sama sahaja.Tiada beza..Tapi bagi yang tidak terbiasa akan rasa kecewa danmahu pulang segera..sejak itu, bagaimana lah hendak dikatakan...tapi itulah lumrah manusia..mahu sentiasa senang dan tenteram..jika susah sukit tidak mahu bertanggung.. payahnya apabila begitu..Sayang sangat apabila sudah dipertangungjawabkan, terus menukar haluan dan terus membuat seperti tanggungjawab itu hilang bagai diitiup angin...Sedih juga rasanya apabila terjadinya perkara yang tidak dingini berlaku..Seorang sahabat sudah jatuh sakit kerana elergy..Setakat itulah...

Wednesday, October 12, 2011

Sunday, September 18, 2011

Petanda Cinta


sekadar hiasan


Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah-olah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh(soulmate) kita atau bukan?

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang  adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua  selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, SELAMAT... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai  jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja didepan kamu. Cuba  sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya  rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya menunjukan apa ada padanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi  serta perasaannya satu sama lain pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari  tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua  kelak  akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa bererti dia sudah siap menerima kamu seadanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada sidia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' didepannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan  untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu lebih selamat ditangannya dari pada ditangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah!Kerana ini bererti  pasangan sejati telah kamu ketemu!!!!! insyaALLAH...
Apakah kelapan petanda di atas telah kamu laluinyaaa? Tepuk dada tanya hati.......


DIPETIK DARI:FORUM UKHWAH

p/s>sekadaar renungan...

Keistimewaan wanita yang Allah kurniakan rahim.




Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari  sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang... sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia  mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.  Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala ekstra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala ekstra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi  dengan dosa-dosa yang lain.

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka dengan-Nya.

Jadi, wanita-wanita..ingatlah..dahan kayu bisa bergoyang walaupun tidak disentuh.Inikan pula hati wanita yang senipis benang,yang bakal bersimpul dibekasnya walau tidak berjahit..ingatlah...Hargailah pemberian Yang Maha Esa adalah satu rahmat yang tiadak terhingga.Janganlah wanita-wanita menyeksa diri dengan meletakkan rahmat tersebut pada keadaan yang tidak sepatutnya...wassalam...

Friday, September 9, 2011

Buku Baru..
Assalamualaikum dan salam sejahtera..dah lama rasanya tidak mengemaskinikan blog sendiri..Terlalu sibuk atau buat-buat sibuk..Tak tahu lah...Tapi yang penting niat itu kenalah betul dan sesuai.

Menulisnya saya di halaman ini menandakan saya tidak lagi menghadap tesis yang panjang berjela,assigment yang berlambak-lambak,lecturing time...Semua itu sudah tamat dengan konvokesyen saya yang bakal dilangsungkan pada 2 dan 3 oktober 2011..Tarikh tersebutlah menjadikan saya seorang yang berbangga dengan diri sendiri..Bukan riak..Tapi berbangga dengan pencapaian diri sendiri.Hampir saya tewas...Namun,berkat sokongan dan panduan daripada keluarga, sahabat handai dan pihak-pihka yang lain, saya berjaya mengharunginya dengan penuh semangat dan daripada itu lah saya telah berjaya bergelar seorang graduan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Sistem Komputer)..Alhamdulillah..Syukur pada Yang Maha Esa yang telah memberikan kejayaan kepada saya dan rakan-rakan.

Sebelum majlis tersbut, saya dan rakan-rakan the navy people mesti menjalani latihan kententeraan laut tahun akhir bagi melayakkan saya dan rakan-rakan mendapat segulung ijazah dan pangkat pentauliahan...Buat masa ini, saya berada di suatu tempat di LUMUT...carilah saya..hehee..

Banyak benda yang ingin saya ceritakan..nantilah nya..lain kali..Sekian..


Monday, March 7, 2011

Projek Sarjana Muda

Assalamualaikum semua..
Dah lama rasanya tidak menulis sebarang coretan di blog ini. Ini disebabkan kesibukan menyiapkan projek final untuk dianugerahkan graduan sains komputer...Tolong doakan saya yer..
(>.<)...Amin...
Related Posts with Thumbnails