Assalamualaikum w.t.h..
Hari ini sempat jugak membuka blog tulisan ini walaupun tidak ada yang memperdulikan.Tidak mengapa...hanya luahan hati
Pagi tadi sekitar pukul 0940H-1145H,Saya telah ke Hospital Tuanku Mizan untuk meneruskan sesi fisioterapi yang telah terbengkalai selama dekat setahun.Sebabnya,saya tidak dapat keluar apabila duduk di dalam.Banyak benda yang nak di buat untuk keluar dan masa keluar pun terhad.Jadi,saya mengambil inisiatif untuk menyihatkan diri dengan meneruskan sesi fisio saya.
Tadi sesi saya diketuai oleh seorang trainee sebaya saya.Merupakan pelajar jurusan fisioterapi dan nama iriffany...Entah lah.Saya pun tak berapa pasti namanya begitu.Tetapi tuannya mirip-mirip anak cina dan memiliki mata chinese dan putih..
Seperti saya,dia juga tengah melakukan pratikalnya di sana..
Mula-mula sesi itu dilakukan dengan meletakkan hot pad dibahagian belakang badan saya selama 15 minit.Seterusnya,saya terpaksa menunggu selama 20 minit menanti mesin yang akan digunakan ke atas badan saya dengan cara melekatkan satu keping pelekat yang akan disambungkan ke mesin itu yang boleh mengalirkan arus elektrik.Terapi itu juga berjalan selama 15 minit dan selepas itu beliau ada juga mengajar cara-cara untuk melakukan teknik senaman yang betul bagi pesakit pinggang.
Selepas itu,saya pulang semula ke pejabat saya untuk meneruskan tugas saya..Sekian...