Tuesday, April 27, 2010

Selamat hari Ibu..


Assalamualaikum..Kepada semua blogger....bila ana bercerita berkenaan dengan Hari Ibu,ana akan teringat kepada ummi ana di kampung.Apa yang sedang dilakukan???masak ke??cukup ke tidurnya??macam mana kesihatannya??sebab ana jauh darinya.Ana rasa macam bersalah sangat meninggalkan ummi ana di kampung, melayan adik-adik ana yang belum mampu memikul beban dunia.Bukannya ana rasa bahawa ana layak memikul beban dunia,tapi ana rasa diri ini terlalu membebankan keluarga terutamanya ummi ana sendiri. Sewaktu ana berada di Tingkatan 4 dan 5,sewaktu tekanan mengambil SPM,ana rasa keluarga ana tidak memahami diri ana.Jiwa ana sentiasa memberontak.Selalu menangkan adik-adik.Dari situ ana membenci semua orang.Patutkah ana berperangai begitu??Bila umur sudah semakin meningkat,ana fikir balik,kenapa ana perlu begitu??ana kan anak sulung,patut memberi teladan kepada adik-adik,bagi tunjuk ajar kepada mereka.Tapi kadang-kadang benda yang ana buat baik pun,nampak semuanya salah.Habis mana betulnya??kadang-kadang ana rasa sangat tersisih apabila duduk bersama-sama keluarga kandung ana sendiri,kadang-kadang timbul di benak benarkah ana ni anak kandung ummi dan ayah??kalau tidak,mengapa melayan ana sebegini rupa??kadang-kadang ana selalu lari,buzykan diri untuk tidak memikirkan perkara-perkara sebegitu.Sekarang alhamdulilah..umur mematangkan diri.Ana tahu kadang-kadang ummi dan ayah akan terlepas pandang berkenaan perkara ini,jadi kepada anak-anak mithali,hargailah ibu dan ayah kamu..cintailah mereka sebagai mana mereka mencintai kamu.Tidak memperdulikan kamu,tidak bermakna mereka tidak menyayangimu,cuma ada yang lebih penting yang perlu dibuat oleh ,mereka demi kemaslahatan keluarga.Jadi,anak-anak yang baik,fahamilah mereka..di kesempatan ini ana ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU DAN TAK LUPA JUGA SELAMAT HARI BAPA.JASAMU AKAN KU KENANG SAMPAI KE AKHIR HAYATKU..
Ummiku,
Seorang yang beriman kepada Allah,
Menyayangi kami sekeluarga,
Membantu suaminya menguruskan keluarga,
Ummiku,
Seorang yang tabah dan sabar,
Menghadapi cabaran hidup,
Kerana anak dan suamilah permata,
Walau hatimu pedih,
Sering kamu bercerita kepadaku,
Berdoa sepanjang masa,
Untuk kami,
Ummiku,
Kala kau bersedih,
Akan ku temanimu selalu,
Jasamu tidak terperi,
Ketahuilah ummiku,
Daku menyayangimu selalu,
Kasihku padamu sentiasa bersemi,
kau permaisuri hatiku,
Akan ku tatahkan hatimu dengan kasihmu,
Ya Allah,
Selamatkanlah ummiku,
Letakkanlah dalam golongan yang Kau kasihi..
Dan ampunkan dosa-dosanya..
Related Posts with Thumbnails