Monday, November 22, 2010

Takut VS Hormat Vs Tegur


Apabila timbulnya perkara ini,mesti ada di antara kita yang akan tertanya-tanya mengapa saya keluarkan pernyataan tersebut.bukan untuk diri sendiri sahaja,malah semua orang.Ramai yang mengatakan takut untuk melakukan sesuatu kerana berfikiran negatifDalam minda sentiasa bermain"Macam mana kalau tak jadi","macam mana kalau tak boleh buat"..dan sebagainya.dari situ timbullah pula perkataan "kalau".Mengikut ceramah seorang ustazah dalam cerita Usrah perkataan KALAU berkaitan dengan iman dan keyakinan.Oleh itu,yakinkan diri anda.Apabila sudah melakukannya,tawakkallah kepada Allah SWT.Itu adalah sebaik-baik jalan.

Bercakap berkenaan takut,takut mempunyai versi-versi yang tersendiri.Meskipun begitu,takutkan Allah SWT adalah lebih baik dari takutkan manusia.Allah SWT berkuasa menentukan perjalanan hidup kita.Manusia pula mudah lupa dan mudah lalai dengan dunia.

Bercakap berkenaan takut kepada manusia..

Kadang-kadang terasa pelik,apa yang hendak ditakutkan,bukannya dia makan kau pun..
Itulah antara pernyataan yang sering diutarakan sekiranya seseorang mengadu takut.Takut juga merupakan perasaan yang yang mungkin menyebabkan seseorang itu tidak berani menghadapi kenyataan.Sebagai contoh,anda tinggal bersama orang yang lagi berusia dari anda dan mereka tidak menunaikan solat.Lebih kurang beginilah dialognya:

Adik : Kak,dah maghrib ni dan nak masuk isyak dah.Akak dah solat ke?
kak: Alah..ko aper kisah..suka hati aku lah nk solat ke tak..
Adik :(terus tidak berkata apa-apa dan sejak hari itu,adik tidak lagi menegur)

Persoalannya,adakah kita takut untuk menegur atau cara teguran sebegitu tidak sesuai untuk orang yang lagi tua dari kita?..Sebagai contoh,jika kita fikir meraka sudah dewasa dan mampu berfikir,cuba kita tunjukkan seperti contoh solat depan mereka.Adakah itu salah satu cara teguran jika kita tidak berani memandang muka dan cakap terus.Jika berterusan juga,berdoa saja pada Allah.Moga Allah bukakan pintu hatinya.

Boleh tak kita sedapkan hati,macam ini.."Alah,die dah solat kot,aku jer yang tak nampak,tak baik tuduh orang".."atau.."Ah,lantak dielah..dah besar2 pun tak reti nak solat jugak ker"...

Ataupun menegur ibu bapa sendiri yang tidak solat.Nanti dikatakan anak derhakalah,anak hendak mengajar orang tua lah,ibu bapa makan garam dulu lah..

Itulah antara persoalan yang tidak terungkai lagi..Sekiranya ada penyelesaian..bantu-bantulah.Kita semua pasti ada tersepit dengan persoalan-persoalan ini.

Hormat

Adakah kita tidak menegur sebab kita hormatkan mereka atau takutkan mereka.Apabila persoalan ini timbul dalam sebuah organisasi,pastinya orang yang di atas akan menang ataupun orang yang lagi tua akan menang.kadang-kadang keputusan yang dibuat tidak kena pada tempatnya menyebabkan semua orang menanggung seksa..bagaimana caranya mengelakkan perkara sebegini berlaku??

p/s = bagi sesiapa yang boleh memberikan jalan penyelesaian..kongsi-kongsikanlah yer..Semoga kita memdapat manfaat bersama..Amin

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails