Friday, November 18, 2011
Pejuang Diri demi Memperjuangkan Negara
Hampir seminggu kami berada di dalam hutan ini.Rimba yang penuh dengan deruan angin yang melambai menggamit kenangan sewaktu berada di kampung.Sama sahaja.Tiada beza..Tapi bagi yang tidak terbiasa akan rasa kecewa danmahu pulang segera..sejak itu, bagaimana lah hendak dikatakan...tapi itulah lumrah manusia..mahu sentiasa senang dan tenteram..jika susah sukit tidak mahu bertanggung.. payahnya apabila begitu..Sayang sangat apabila sudah dipertangungjawabkan, terus menukar haluan dan terus membuat seperti tanggungjawab itu hilang bagai diitiup angin...Sedih juga rasanya apabila terjadinya perkara yang tidak dingini berlaku..Seorang sahabat sudah jatuh sakit kerana elergy..Setakat itulah...
Sunday, September 18, 2011
Petanda Cinta
![]() |
sekadar hiasan |
Dua manusia yang merasa saling berjodoh
pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya
dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan
seolah-olah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada
petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh(soulmate)
kita atau bukan?
Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki
usia hubungan yang panjang adalah dengan
adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam
urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan
secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus
melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya,
SELAMAT... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!
Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai
atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu
atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja didepan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya,
caranya berpakaian, gaya rambutnya,
caranya berbicara serta tertawanya menunjukan apa ada padanya? Apakah setiap
ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf
kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!
Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu
berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca
fikiran dan menduga reaksi serta
perasaannya satu sama lain pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah
destini kebahagian kamu...
Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu
menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya,
setiap waktu dan setiap hari tanpa
membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak
akan saling terikat.
Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi
apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka
dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami
pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia
orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia
selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika
ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...
Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu
keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih
terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau
begitu ini bisa bererti dia sudah siap menerima kamu seadanya..
Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan
kamu tak malu-malu perlihatkannya pada sidia. Bahkan pada saat kamu tampil
'buruk' didepannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu
sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada
kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya
disuratkan untuk bersama!
Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu lebih selamat
ditangannya dari pada ditangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa
sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah!Kerana
ini bererti pasangan sejati telah kamu
ketemu!!!!! insyaALLAH...
Apakah kelapan petanda di atas telah kamu
laluinyaaa? Tepuk dada tanya hati.......
DIPETIK DARI:FORUM UKHWAH
p/s>sekadaar renungan...
Keistimewaan wanita yang Allah kurniakan rahim.
Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini
ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia
diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari
sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu
sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini
bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang... sembahyang wajib baginya dari
baligh sehingga habis nyawanya.
Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang
dia mengandung Allah sentiasa
mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat
Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu
dianggap mati syahid Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia
tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami
dia tak tanggung. Di akhirat nanti
seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala ekstra yang banyak dia
terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat
suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri
boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala ekstra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di
dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan
tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa
yang lain.
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan
syariat Allah agar tidak derhaka dengan-Nya.
Jadi, wanita-wanita..ingatlah..dahan kayu bisa bergoyang walaupun tidak disentuh.Inikan pula hati wanita yang senipis benang,yang bakal bersimpul dibekasnya walau tidak berjahit..ingatlah...Hargailah pemberian Yang Maha Esa adalah satu rahmat yang tiadak terhingga.Janganlah wanita-wanita menyeksa diri dengan meletakkan rahmat tersebut pada keadaan yang tidak sepatutnya...wassalam...
Friday, September 9, 2011
Buku Baru..
Assalamualaikum dan salam sejahtera..dah lama rasanya tidak mengemaskinikan blog sendiri..Terlalu sibuk atau buat-buat sibuk..Tak tahu lah...Tapi yang penting niat itu kenalah betul dan sesuai.
Menulisnya saya di halaman ini menandakan saya tidak lagi menghadap tesis yang panjang berjela,assigment yang berlambak-lambak,lecturing time...Semua itu sudah tamat dengan konvokesyen saya yang bakal dilangsungkan pada 2 dan 3 oktober 2011..Tarikh tersebutlah menjadikan saya seorang yang berbangga dengan diri sendiri..Bukan riak..Tapi berbangga dengan pencapaian diri sendiri.Hampir saya tewas...Namun,berkat sokongan dan panduan daripada keluarga, sahabat handai dan pihak-pihka yang lain, saya berjaya mengharunginya dengan penuh semangat dan daripada itu lah saya telah berjaya bergelar seorang graduan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Sistem Komputer)..Alhamdulillah..Syukur pada Yang Maha Esa yang telah memberikan kejayaan kepada saya dan rakan-rakan.
Sebelum majlis tersbut, saya dan rakan-rakan the navy people mesti menjalani latihan kententeraan laut tahun akhir bagi melayakkan saya dan rakan-rakan mendapat segulung ijazah dan pangkat pentauliahan...Buat masa ini, saya berada di suatu tempat di LUMUT...carilah saya..hehee..
Banyak benda yang ingin saya ceritakan..nantilah nya..lain kali..Sekian..
Assalamualaikum dan salam sejahtera..dah lama rasanya tidak mengemaskinikan blog sendiri..Terlalu sibuk atau buat-buat sibuk..Tak tahu lah...Tapi yang penting niat itu kenalah betul dan sesuai.
Menulisnya saya di halaman ini menandakan saya tidak lagi menghadap tesis yang panjang berjela,assigment yang berlambak-lambak,lecturing time...Semua itu sudah tamat dengan konvokesyen saya yang bakal dilangsungkan pada 2 dan 3 oktober 2011..Tarikh tersebutlah menjadikan saya seorang yang berbangga dengan diri sendiri..Bukan riak..Tapi berbangga dengan pencapaian diri sendiri.Hampir saya tewas...Namun,berkat sokongan dan panduan daripada keluarga, sahabat handai dan pihak-pihka yang lain, saya berjaya mengharunginya dengan penuh semangat dan daripada itu lah saya telah berjaya bergelar seorang graduan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Sistem Komputer)..Alhamdulillah..Syukur pada Yang Maha Esa yang telah memberikan kejayaan kepada saya dan rakan-rakan.
Sebelum majlis tersbut, saya dan rakan-rakan the navy people mesti menjalani latihan kententeraan laut tahun akhir bagi melayakkan saya dan rakan-rakan mendapat segulung ijazah dan pangkat pentauliahan...Buat masa ini, saya berada di suatu tempat di LUMUT...carilah saya..hehee..
Banyak benda yang ingin saya ceritakan..nantilah nya..lain kali..Sekian..
Monday, March 7, 2011
Projek Sarjana Muda
Assalamualaikum semua..
Dah lama rasanya tidak menulis sebarang coretan di blog ini. Ini disebabkan kesibukan menyiapkan projek final untuk dianugerahkan graduan sains komputer...Tolong doakan saya yer..
(>.<)...Amin...
Subscribe to:
Posts (Atom)