Duhai Teman Sejatiku,
Aku Ingin Menjadi Kita Seperti Abu Bakar As-Siddiq,
Persahabatan Dijalin Kerana Al-Khaliq,
Harta Dikorban Bukan Sedikit,
Cinta Kebenaran,
Sanggup Bersakit,
Aku Ingin Kita Seperti Tawakal Ibrahim a.s,
Takut Meninggalkan Insan Tercinta,
Di Bumi Tandus Tanpa Bicara,
Meyakini Allah Sebagai Payung,
Aku Ingin Kita Sepemaaf Yusuf A.S,
Tetap Mencintai Dan Menolong Saudaranya,
Walaupun Pernah Dihumban Ke Dalam Perigi Tua
Terpisah Daripada Ayahanda Bertahun Lamanya
Aku Ingin Pusara Kita Seharum Pusara Masyitah,
Semerbak Kasturi,
Kerana Hebatnya Iman,
Memepertahankan Syahadah Dikeliling Kekufuran,
Lumrah Persahabatan,
Terhiris Terguris Menguji Perasaan,
Hanyalah Satu Ujian ,
Bukan Satu Halangan ,
Untuk Berkasih….